Followers

Thursday, October 15, 2009

Balai polis diserang, 39 maut




POLIS Pakistan memeriksa runtuhan bangunan selepas serangan tiga kumpulan lelaki bersenjata di Lahore, Pakistan, semalam.

10 anggota kumpulan lelaki bersenjata turut terbunuh di Lahore, Pakistan

LAHORE: Kumpulan lelaki bersenjata menyerang tiga balai polis di Lahore, Pakistan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh termasuk 10 anggota militan, ketika Taliban meneruskan usaha untuk menghalang operasi kerajaan terhadap mereka.

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik menegaskan kerajaan tidak akan berundur daripada operasi menentang pejuang Taliban dan al-Qaeda.


"Musuh memulakan satu perang gerila," kata Malik kepada sebuah stesen televisyen tempatan.

Sementara itu, kubu kuat Taliban di barat laut Pakistan, seorang pengebom bunuh diri meletupkan kenderaannya berhampiran sebuah balai polis, menye-babkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala satu serangan peluru berpandu dipercayai milik Amerika Syarikat membunuh empat militan.

Kemudian satu lagi letupan meletus di sebuah kawasan perumahan kakitangan kerajaan di Peshawar, mengakibatkan seorang kanak-kanak terkorban dan sembilan orang cedera, kata pekerja media dan anggota penyelamat.

Militan mendakwa terbabit dalam beberapa siri serangan sejak beberapa hari lalu termasuk serangan di ibu pejabat tentera di Rawalpindi, menyebabkan 23 orang terbunuh. Taliban memberi amaran kepada Pakistan untuk menghentikan operasi ketenteraan mereka.

Amerika Syarikat mendesak Pakistan menghapuskan kubu kuat militan sambil menyifatkan Taliban dan al-Qaeda menggunakan wilayah berkenaan untuk melancarkan serangan di Afghanistan.

Tiga serangan semalam memberikan gambaran bahawa militan boleh menyerang mana-mana sasaran yang mereka mahukan.

Satu serangan di Lahore semalam turut membabitkan sebuah bangunan menempatkan Agensi Penyiasatan Persekutuan, sebuah pertubuhan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan imigresen hingga ke keganasan.

Pegawai kanan kerajaan, Sajjad Bhutta berkata serangan berlaku selama satu setengah jam dan berakhir kira-kira 11 pagi.

Beliau berkata, kematian turut mem-babitkan dua penyerang, empat kakitangan kerajaan dan seorang awam. Pegawai kanan polis, Chaudhry Shafiq berkata

seorang daripada anggota militan yang maut memakai jaket bersama bahan letupan.

Dua kumpulan penyerang lain menyerang kemudahan polis di luar Lahore, kata Shafiq.

Satu daripadanya dilaporkan berlaku di sekolah latihan polis Manawan membunuh 10 orang termasuk enam anggota polis dan empat lelaki bersenjata. � AP

sumber~b.harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails