Followers

Tuesday, October 13, 2009

Denda jika tidak pamer tanda harga

Denda jika tidak pamer tanda harga


ISMAIL SABRI melakukan tinjauan di sebuah pasar di Brickfields, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan tegas bakal dikenakan terhadap mana-mana peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga khas warna merah jambu pada 15 barangan yang dikawal menjelang musim perayaan Deepavali ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu akan diambil berdasarkan laporan 2,000 anggota penguat kuasa dan 1,600 pemantau harga di seluruh negara.

"Selain mematuhi harga siling yang ditetapkan peniaga juga perlu meletakkan tanda harga khas ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai berhubung barangan mana yang dikawal oleh kerajaan.

"Misalnya cili, tidak semua cili dikawal, hanya cili merah sahaja. Melalui tanda harga khas ini memudahkan orang ramai membuat pilihan," katanya pada sidang media selepas melakukan Lawatan Skim Kawalan Harga Sempena Deepavali di sekitar Brickfields di sini semalam.

Menurut Ismail Sabri, tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2009 yang berkuat kuasa mulai semalam hingga 21 Oktober ini.

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails