Followers

Sunday, October 18, 2009

Filipina sedia hadapi taufan Lupit



SATU keluarga Filipina semalam berlindung di dalam khemah di sebuah stadium selepas rumah mereka ditenggelami banjir di pinggir Manila.


MANILA - Agensi bantuan bencana Filipina bertindak menyediakan bertan-tan makanan dan helikopter bagi persediaan melakukan pemindahan beramai-ramai penduduk di kawasan pergunungan negara itu berikutan Taufan Lupit bakal melanda.

Persediaan itu dilakukan setelah lebih 800 orang terbunuh akibat taufan yang melanda negara tersebut baru-baru ini.

Ketua sebuah agensi kaji cuaca, Prisco Nilo berkata, Taufan Lupit yang kini sedang mengganas di Lautan Pasifik dengan tiupan angin selaju 175 kilometer sejam dan bergerak selaju 210 kilometer sejam bakal melanda Manila.

Menurutnya, taufan itu dijangka melanda bandar Manila dan memusnahkan harta benda di beberapa kawasan di utara negara ini dalam tempoh tiga hari lagi.


GAMBAR yang diperoleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan Taufan Lupit
di Laut Filipina semalam.


Taufan Lupit merupakan taufan tropika yang ke-18 dari 20 taufan yang akan mengancam negara Filipina pada setiap tahun.

Majlis Penyelaras Bencana Kebangsaan berkata, sebanyak 85 tan beras, sardin, mi, kain selimut dan kelambu telah disediakan untuk dihantar ke utara Filipina termasuk di wilayah Benguet.

Seorang pegawai bantuan, Olive Lucas berkata, datuk bandar telah mengarahkan penduduk kampung yang mengalami risiko bencana dipindahkan segera ke kawasan yang selamat. - AP


sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails