Followers

Monday, October 5, 2009

Hidup di ambang bahaya - Lima tahun berdepan risiko tebing runtuh

Hidup di ambang bahaya - Lima tahun berdepan risiko tebing runtuh


PENDUDUK melihat tebing Sungai Pergau di Kampung Lubuk Bongor Bawah yang runtuh akibat hakisan di Jeli semalam.


JELI - Musim tengkujuh bakal tiba tidak lama lagi namun masalah hakisan tebing sepanjang kira-kira 100 meter di Kampung Lubuk Bongor Bawah di sini masih tiada penyelesaiannya.

Malah ia terus menghantui kira-kira 100 penduduk di kawasan itu sejak lima tahun lalu dan rata-rata mereka bimbang ia bakal melenyapkan tanah milik mereka yang terletak di tebing Sungai Pergau itu.

Lebih menyedihkan, walaupun sudah banyak kali wakil rakyat dan pimpinan kerajaan negeri meninjau masalah tersebut tetapi semuanya sekadar janji semata-mata.

Tinjauan Kosmo! ke kawasan tersebut mendapati, tiada sebarang kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Seorang penduduk, Abdul Rahim Othman, 47, berkata, penduduk kecewa dengan apa yang berlaku kerana sampai sekarang ia masih tidak diselesaikan.

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails