Followers

Wednesday, October 14, 2009

Jenahak Tukun Che Minah menggamit


Oleh Tamizam Abd Karim


PELABUHAN KELANG: Pelabuhan ini dibina kerana keistimewaan geografinya yang terlindung dan selamat. Terbentuk daripada gabungan selat dan sungai menjadikan satu pelabuhan paling sibuk di negara kita, tapi tidak ramai yang tahu kawasan itu adalah laluan paling sibuk kalangan pemancing amatur dan profesional.

PELABUHAN KELANG: Pelabuhan ini dibina kerana keistimewaan geografinya yang terlindung dan selamat. Terbentuk daripada gabungan selat dan sungai menjadikan satu pelabuhan paling sibuk di negara kita, tapi tidak ramai yang tahu kawasan itu adalah laluan paling sibuk kalangan pemancing amatur dan profesional.

Di tengah kawasan yang sibuk dengan pekerja menjana ekonomi negara, kawasan sekitar muara dan anak sungai dijadikan sebagai tempat riadah bagi kaki pancing kerana kedudukannya selamat daripada gangguan ribut dan tiupan angin kencang. Dianggarkan ratusan sampan beroperasi di perairan terbabit terutama pada hujung minggu.

Ramai pemancing yang tinggal di Lembah Kelang menjadikan kawasan pelabuhan ini sebagai tempat paling hampir memancing ikan air masin atau ikan muara. Lokasinya yang dekat bagi penggemar memancing muara menjadikan Pelabuhan Kelang dan lokasi sekitar cukup popular.


Lokasi yang menjadi kegemaran pemancing ialah sepanjang selat dan terusan, di tepi reba bakau, terusan sungai menghala ke Pulau Ketam. Persisiran pantai Acheh di Pulau Indah dan berdekatan sangkar ikan sepanjang Selat Kering.

Gabungan pulau dan selat membentuk muara yang cukup luas untuk diteroka oleh kaki pancing. Kebanyakan pemancing di sini memiliki sampan kecil sesuai untuk digunakan oleh dua hingga empat pemancing pada satu masa. Manakala pemancing yang tidak memiliki sampan lokasi sekitar pantai Acheh, Star Cruise dan sangkar ikan di Pulau Ketam menjadi pilihan.

Kunjungan penulis bersama Syed Ali @ Ujang berserta Nordin baru-baru ini bertujuan menduga Pelabuhan Kelang. Ketika air surut kami menjala udang di sepanjang anak sungai berdekatan. Namun ramai yang tidak tahan dengan kehadiran agas dan nyamuk yang bertali arus yang sentiasa menunggu mangsa.

Umpan sotong kurita turut dibawa sebagai umpan tambahan dan pilihan kami menjelang malam. Lokasi pilihan kami kali ini adalah kawasan tukun binaan Che Minah yang sudah lama tidak dikunjungi. Hasilnya kami tidak tunggu lama seekor tetanda terpedaya dengan udang hidup. Lontaran kedua berjaya memerangkap ikan belukang pula. Tidak lama kemudian joran Nordin pula mengena.

Seekor jenahak terlebih dulu menerpa umpan yang dilabuhkan berhampiran tukun. Jenahak adalah buruan utama kami kerana selain terkenal kerana kekuatan, daya juang serta perlawanan yang diberikan ia juga begitu menyeronokkan. Kedua pemancing yang bersama saya kali ini sudah masak dengan spesies jenahak dan perihal lubuk yang di kunjungi. Tarikan jenahak secara melulu dapat di tangani dengan mudah. Kesabaran membawa berkat. Hasil semakin besar menjelang malam.

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails