Followers

Tuesday, October 20, 2009

Lelaki paling gemuk di dunia


GAMBAR menunjukkan Mason (kanan) pada tahun 2007.



IPSWICH, England - Doktor-doktor Britain kini berusaha untuk menyelamatkan Paul Mason, 48, yang dipercayai lelaki paling gemuk di dunia dengan berat 444.52 kilogram (kg) dengan menghantarnya ke sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason, 48, perlu menjalani pembedahan bagi membuang lemak sebanyak berpuluh-puluh kilogram tetapi ia perlu dilakukan di sebuah hospital di Chichester, Sussex Barat.

Lelaki itu kini berada di rumahnya di Ipswich menyebabkan sebuah helikopter tentera mungkin digunakan untuk membawanya ke hospital tersebut.


URIBE pernah dinobat lelaki paling gemuk di dunia.


Lelaki itu dipercayai ketagih makanan yang menyebabkan dia mampu makan sehingga 20,000 kalori pada setiap hari berbanding orang dewasa normal iaitu 2,500 kalori sehari.

Pada 2007, berat badan Mason pernah mencapai 393 kilogram sebelum merosot kepada 285 kilogram tetapi kemudian bertambah sebanyak 158 kilogram.

Rekod manusia paling gemuk sebelum ini dipegang seorang lelaki dari Amerika Syarikat, John Minnoch, dengan berat 647 kilogram dan meninggal dunia pada 1983.

Seorang rakyat Mexico, Manuel Uribe pernah mendapat gelaran lelaki paling gemuk apabila beratnya mencecah 596 kilogram tetapi dia kemudian berjaya menurunkan sebanyak 181 kilogram pada 2007 lalu. - Agensi

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails