Followers

Wednesday, October 14, 2009

Mila beli rumah RM300,000

Mila beli rumah RM300,000


MILA


TEMAN baik Marilyn yang jelita, Fasha Clara baru-baru ini berjumpa dengan juara rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila yang datang ke Studio Utusan untuk melakukan sesi fotografi.

Dalam dok berborak tentang aktiviti seninya sejak dua bulan lalu di Indonesia kerana menjalankan penggambaran drama bersiri muzikal, Fasha Clara sempat mencungkil perkembangan terbaru Mila yang masih sarat dengan sifat peramah dan rendah diri.

"Kau nak tahu Marilyn, Mila akhirnya dah beli rumah di sekitar Puchong yang berharga lebih RM300,000 untuk memberi keselesaan kepada keluarganya.

"Selama ini Mila menyewa dengan orang tuanya di kawasan Damansara. Sah-sah sewa kat kawasan elit tu mencecah RM1,500 sebulan. Daripada menyewa dan bayar wang yang banyak, kata Mila, lebih baik dia beli terus rumah sebagai aset untuk masa depannya.

"Ditambah rezeki Mila yang bertambah selepas bergelar artis ni maka dia mengambil keputusan untuk beli sebuah kediaman bagi dijadikan tempat berteduh untuk ibu bapa dan dua adiknya.

"Aku bangga betul dengan si Mila tu. Dalam usia muda dan mentah, dia dah ada harta sendiri. Bahkan aku dapat tahu Mila ni sebenarnya seorang budak yang berjimat-cermat dan pandai menjaga kewangannya.

Kalau betullah apa yang dikatakan Fasha Clara tu, Marilyn juga tumpang bangga dengan Mila apabila dia dah ada aset sendiri kerana bijak mengumpul duit.


Marilyn: Masih lagi duduk menyewa dengan kawan baik yang gebu, Roehayu Majeed.





sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails