Followers

Wednesday, October 14, 2009

Pemandu teksi mengaku bunuh budak

Pemandu teksi mengaku bunuh budak


SIRIPHONG (kiri) semalam menunjukkan cara dia membunuh seorang wanita dan anaknya dalam teksinya di Bangkok.





BANGKOK – Seorang pemandu teksi sambilan, Siriphong Kanchannaniwit (gambar) mengaku menembak mati seorang budak lelaki berusia lima tahun sebelum mengerat mayatnya kepada beberapa bahagian, kata polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Bangkok, Mejar Jeneral Amnuay Nimmano berkata, suspek berusia 40 tahun itu melakukan perbuatan itu selepas dia bergaduh dengan kekasihnya iaitu ibu mangsa sebelum membunuhnya.

Pada Isnin lepas, Thailand dikejutkan dengan penemuan beberapa anggota tubuh seorang kanak-kanak dalam empat beg plastik di sebuah taman perumahan yang terbengkalai di sini.

Menurut Amnuay, suspek yang menyerah diri petang kelmarin mengaku membunuh wanita itu dan anaknya ketika mereka berada di dalam sebuah teksi pada hujung minggu lalu.

Suspek memberitahu polis bahawa dia tidak dapat menahan kemarahan selepas teman wanitanya yang berusia 38 tahun itu berulang kali mencacinya kerana enggan membunuh seorang lelaki Jepun iaitu bekas suami mangsa dan bapa kanak-kanak itu.

“Dia (wanita itu) berterusan melabelkan saya sebagai seorang yang pengecut,” kata Siriphong dalam satu sidang akhbar bersama polis di sini kelmarin.

Suspek kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke tempat duduk belakang menyebabkan wanita itu dan anaknya terbunuhnya.

“Lelaki itu mendakwa dia tidak berniat membunuh budak lelaki itu yang terkena tembakan ketika dia menembak ibunya,” kata Amnuay.

Suspek kemudian mencampakkan mayat wanita itu dan pulang ke rumah untuk mengerat mayat kanak-kanak tersebut sebelum membuangnya. – AP

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails