Followers

Thursday, October 15, 2009

Ultrabunyi untuk pembiakbakaan biri-biri


Ultrasound kini boleh digunakan untuk pemilihan induk biri-biri bagi pembiakbakaan.


TEKNOLOGI ultrabunyi yang biasanya digunakan untuk mengimbas bayi dalam kandungan kini mula digunakan dalam bidang pertanian. Ia digunakan untuk meramal hasil produk dan nilai ternakan lembu dan juga digunakan terhadap ternakan biri-biri.

Penggunaan teknologi ini dalam bidang ternakan merupakan hasil kajian saintis di Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (ARS), Amerika Syarikat (AS).

Ketua Penyelidik di Stesen Penyelidikan Biri-Biri AS di Dubois, Idaho, Greg Lewis dan rakan penyelidik berjaya menunjukkan teknik ultrabunyi dapat membuktikan peningkatan dalam pemilihan kaedah pembiakbakaan.

Buat masa ini penternak menggunakan penilaian visual untuk meramal ciri karkas sebelum memilih biri-biri sebagai induk.

Ultrabunyi menyediakan kaedah alternatif lebih pantas dan tepat.

Saintis mendapati juruteknik terlatih boleh merakamkan imej ultrasound dalam masa 30 saat dengan tepat.

Imej berkenaan boleh digunakan untuk menganggarkan ciri-ciri yang mempengaruhi nilai-nilai karkas di pasaran.

sumber~utusan malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails