Followers

Wednesday, October 14, 2009

UTeM cipta pam tayar berkompresor

UTeM cipta pam tayar berkompresor


IZZUDDIN (kanan) dan Chee Khee membuat demonstrasi menggunakan alat mengepam tayar motosikal ciptaan mereka pada Hari Reka Bentuk 2009 Universiti Teknikal Malaysia di Durian Tunggal, Melaka semalam.


MELAKA - Empat pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan peralatan mengepam tayar motosikal.

Muhd. Izzuddin Salehudin, 21, Chng Chee Khee, 22, Tan Wee Ming, 22 dan Phang Boo Onn, 22, pelajar tahun tiga kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk dan Inovasi) berjaya menghasilkan peralatan yang dinamakan Kompresor Angin Motosikal.

Menurut Izzuddin, alat itu dicipta khusus untuk membantu penunggang motosikal yang menghadapi masalah tayar pancit selain menjadi sebahagian daripada projek tahun akhir.

"Idea menghasilkan peralatan ini timbul apabila saya melihat penunggang terpaksa menolak motosikal mereka kerana pancit.

"Melihat keadaan itu, alangkah bagusnya jika motosikal turut dilengkapi dengan peralatan yang boleh digunakan untuk mengepam semula tayar yang pancit," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hari Reka Bentuk dan Automatif FKM di UTeM, Durian Tunggal semalam.

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails