Followers

Thursday, October 15, 2009

Wanita terjun kereta

Wanita terjun kereta cedera parah


GAMBAR menunjukkan seorang wanita dilanggar kereta kekasihnya
di Palmerston, Australia.


PALMERSTON, Australia - Seorang wanita berumur 37 tahun kini bertarung nyawa di sebuah hospital selepas cedera parah kerana terjun dari kereta kekasihnya semasa mereka bertengkar, lapor sebuah akhbar semalam.

Apa yang lebih menyayat hati ialah wanita itu dilanggar oleh tayar belakang kereta selepas dia terjun menyebabkannya terbaring di atas jalan raya di sini.

Satu kamera keselamatan merakamkan insiden itu yang menunjukkan wanita tersebut diheret selama beberapa meter.

Polis kini meminta saksi yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat.

Dalam rakaman itu, lelaki tersebut memandu keretanya kembali ke tempat kejadian dan mengalihkan tubuh kekasihnya ke tepi jalan pada Isnin lalu.

Namun, beberapa orang yang memandu kereta itu tidak berhenti untuk membantu wanita tersebut.

Kekasihnya itu kemudian ditangkap polis dan dia berasa kesal terhadap perbuatannya.

Seorang pegawai polis, Sarjan Len Turner berkata, wanita itu cuba keluar melalui tingkap kereta yang sedang bergerak.

Menurutnya, wanita tersebut berpaut pada tingkap itu sebelum terjatuh dan dilanggar oleh tayar belakang kereta kekasihnya. - Agensi

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails