Followers

Monday, October 12, 2009

Warga Indonesia kutuk Bendera

Warga Indonesia kutuk Bendera


SEBAHAGIAN pekerja Indonesia memegang poster membantah tindakan penubuhan Bendera di hadapan Masjid Kayangan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang semalam.


CAMERON HIGHLANDS - Sekumpulan 500 pekebun sayur warga Indonesia mengutuk tindakan rakyat senegara mereka yang menubuhkan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang disifatkan sebagai melampau.

Wakil kumpulan pekebun terbabit, Ahmad Thoyib Matsum, 50, berkata, mereka kecewa dengan perbuatan provokasi Bendera terhadap Malaysia sejak akhir-akhir ini.

"Kami pekerja Indonesia di Cameron Highlands tidak setuju dengan kumpulan Bendera. Kami mahu aman di sini, kami mahu mencari rezeki untuk keluarga di Indonesia.

"Setiap salah faham yang timbul antara Indonesia dan Malaysia boleh diselesaikan dengan baik secara perbincangan, lagipun kita serumpun," katanya.

Beliau ditemui bersama-sama kira-kira 15 pekebun sayur Indonesia lain yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi secara aman di pekarangan Masjid Kayangan, Brinchang di sini semalam.

Menurut Ahmad Thoyib, majoriti warga Indonesia yang mencari rezeki di pusat peranginan tersebut tidak bersetuju dengan pendekatan keganasan dan kekerasan yang dianjurkan oleh Bendera.

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails