Followers

Sunday, November 1, 2009

Beijing diselimuti salji tiruan



ORANG ramai berjalan kaki berhampiran Dataran Tian'anmen di Beijing semalam.


BEIJING - Ibu kota China, Beijing diselimuti salji semalam susulan pembenihan awam oleh kerajaan dalam usaha menamatkan musim kemarau yang berpanjangan di negara komunis itu, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Xinhua, cuaca sejuk iaitu -2° Celsius di bawah paras beku dan angin kencang membantu salji turun di bandar raya itu sejak pagi semalam hingga tengah hari walaupun China masih berada dalam musim luruh.

Selain Beijing, keadaan serupa berlaku di wilayah Liaoning dan Jilin serta Hebei di barat laut China selain bandar pelabuhan Tianjin.

"Kami tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan pembenihan awam sejak Beijing terjejas kerana kemarau panjang," ketua Pejabat Modifikasi Cuaca Beijing, Zhang Qiang.

Pakar-pakar kaji cuaca di China berusaha selama beberapa tahun untuk 'membuat hujan' dengan menyuntik bahan kimia khusus ke dalam awam.

Walaupun teknik pembenihan awan itu biasanya berkesan, musim kemarau di utara negara itu berlarutan untuk tempoh yang lama iaitu lebih 10 tahun. - AFP

sumber~utusan


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails