Followers

Sunday, November 1, 2009


Lapan hari terapung ekoran bot kehabisan minyak - Tiga mati lapar, panas di tengah laut




JAKARTA - Tiga daripada 11 penumpang sebuah bot kecil yang dipercayai rakyat Malaysia mati akibat kelaparan dan kepanasan selepas terapung-apung selama lapan hari dalam bot tersebut yang kehabisan minyak di tengah Laut Sulawesi.

Setiausaha Mukim Ogotua, Ilham berkata, mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Rosida berumur lingkungan 30-an, anaknya Arisman, 2, dan seorang lagi kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Jonathan, 16 bulan.

Lapan lagi penumpang diselamatkan oleh kapal nelayan menuju ke Tolitoli, Sulawesi Tengah setelah dijumpai terapung-apung di Laut Sulawesi pada pukul 10 pagi waktu tempatan semalam.

"Mereka yang menaiki sebuah bot laju kecil sedang menuju ke Tawi-Tawi, Filipina lapan hari lepas tetapi tersadai di tengah laut setelah kehabisan minyak ekoran gagal mencari arah tuju akibat kompas rosak," kata beliau seperti dipetik agensi berita Antara di Tolitoli.

Menurut Ilham lagi, selama empat jam mereka mencari-cari arah tuju Pulau Tawi-Tawi sehingga bot tersebut kehabisan minyak.

Difahamkan perjalanan dari Lahad Datu, Sabah ke destinasi Pulau Tawi-Tawi biasanya hanya mengambil masa sejam 15 minit
sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails