Followers

Thursday, January 7, 2010

Penduduk Britain gali salji



SEORANG lelaki membersihkan timbunan salji di atas keretanya di Hartley Wintney, Hampshire, Britain semalam.


LONDON - Penduduk di seluruh Britain giat menggali keluar timbunan salji selepas negara berkenaan diliputi salji paling tebal dalam tempoh tiga dekad.

Ribut salji menyebabkan banyak lapangan terbang dan jalan raya terpaksa ditutup manakala jadual kereta api di seluruh Britain turut tergendala.

Beberapa kawasan paling terjejas pula diliputi salji setebal sehingga 50 sentimeter.

Kira-kira 4,000 orang tidak menerima bekalan elektrik di selatan England semalam manakala ramai pemandu berdepan perjalanan sukar akibat keadaan jalan raya yang licin.

Lapangan-lapangan terbang utama termasuk Heathrow dan Gatwick terus dibuka tetapi beratus-ratus penerbangan dibatalkan kerana ais dan salji.

Beratus-ratus buah sekolah di negara itu masih ditutup.

Suhu di perkampungan Benson, selatan England pula jatuh pada takat - 17.7 Celsius di bawah paras beku dalam tempoh semalaman.

Agensi ramalan cuaca menyatakan, cuaca sejuk beku itu akan berterusan sehingga minggu depan. - AP

sumber~kosmo

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails