Followers

Friday, July 2, 2010

Brazil Kecundang

Piala Dunia FIFA 2010: Belanda 2 , Brazil 1

PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg menyelamatkan sepakan 
lambung pemain Brazil daripada menggegar jaring pada peringkat suku 
akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto
 AP
PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg menyelamatkan sepakan lambung pemain Brazil daripada menggegar jaring pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto AP
PORT ELIZABETH: Belanda menundukkan Brazil 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay di sini, sebentar tadi.

Gol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10. Manakala, sejurus separuh masa kedua bermula, Belanda terus mengasak dan memperoleh gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri. Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk.

sumber~berita harian

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails