Followers

Sunday, September 12, 2010

Anak Datuk Sosilawati Lawiya reda jika ibu disahkan mati

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Anggota keluarga jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya reda dengan pemergian beliau sekiranya mangsa yang dilaporkan ditemui di Ladang Gadong, Tanjung Sepat hari ini disahkan sebagai Sosilawati.
Anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana, 25, berkata, mereka akan mengadakan solat ghaib dalam waktu terdekat dan berharap agar semua pihak memahami situasi sedih yang melanda keluarga mereka ketika ini.
‘‘Bagaimanapun, saya mewakili ahli keluarga yang lain mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi berdoa untuk ibu saya.
‘‘Kami sekeluarga memerlukan kekuatan untuk berhadapan saat-saat ini,” katanya dalam keadaan tenang kepada sekumpulan wartawan di hadapan rumahnya di Taman Harmonis, Gombak sebelum pengesahan polis disiarkan melalui televisyen.
Bagaimanapun, dalam sidang akhbar selama dua minit itu, wartawan tidak dibenarkan mengajukan soalan sebaliknya hanya mendengar apa yang disampaikan.
Polis hari ini mengesahkan penahanan lapan suspek berjaya merungkai misteri kehilangan Sosilawati dan tiga lelaki sejak 30 Ogos lalu.
Empat daripada suspek mengaku telah membunuh, membakar dan membuang abu mayat mangsa ke dalam sungai di Tanjung Sepat, Banting di Selangor

sumber~utusan malaysia

1 comment:

  1. kesian diorang nih..tak tahu mak diorang nih camne sebenarnya kan.. dahsat betul jenayah.. nak bakar2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails