Followers

Wednesday, October 28, 2009

13 lembu mati dipanah petir


BEGINILAH keadaan bangkai 13 ekor lembu milik Mat Salleh (gambar kecil) selepas dipanah petir di Kampung Pantai Sepat, Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang penternak, Mat Salleh Awang, 58, bercadang menjual beberapa ekor lembunya untuk disembelih pada Hari Raya Korban bulan depan.

Namun, dia berasa resah pada waktu hujan lebat malam kelmarin apabila mendapati sebanyak 13 ekor lembunya tidak pulang ke kandang seperti biasa.

Hanya pada kira-kira pukul 8 pagi semalam, baru Mat Salleh menemui bangkai 13 ekor lembunya itu yang mati bergelimpangan dipercayai dipanah petir di ladang kelapa sawit Perusahaan Pertanian Negeri Pahang, Kampung Pantai Sepat di sini.

Tiada tanda serangan haiwan pemangsa ditemui melainkan kesan terbakar pada mulut, dubur dan kaki kesemua haiwan tersebut.

"Saya sudah berkira-kira mahu menjual sebahagian lembu itu menjelang Hari Raya Korban.

"Apabila sampai, saya mendapati sekumpulan lembu milik saya iaitu lima ekor jantan dewasa, lima ekor betina dewasa dan tiga anaknya tumbang tidak bernyawa,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mat Salleh kemudian menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi menyiasat punca kematian haiwan ternakan berkenaan.

"Pegawai veterinar memberitahu saya lembu-lembu itu dipercayai disambar petir secara serentak ketika hujan ribut antara pukul 8 hingga 12 malam tadi (kelmarin),'' katanya.

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails