Followers

Thursday, September 16, 2010

Sinopsis Filem "MaGiKa"




KRU Studio mengumumkan filem terbaru berjudul "Magika" melalui Tayangan Amal Bersama Anak-Anak Yatim.

"Magika" merupakan filem ke 5 terbitan KRU Studios yang berkonsepkan muzikal di bawah arahan Edry Abdul Halim .
Karya sulung Edry ini menampilkan barisan-barisan pelakon dan artis terkemuka tanahair seperti Mawi, Diana Danielle, Fimie Don,  Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, KRU, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil, Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.

"Magika" menceritakan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. DI suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.
Namun, nasib tidak menyebelahinya . Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia.  Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam "Magika'.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di "Magika' membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan . Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah 'Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi.  Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.

Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari 'Magika"? Apa akan terjadi kepada Badang? Nenek Kebayan dan watak-watak lain di 'Magika".?
Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?

Penggambaran filem ini mengambil masa selama 30 hari dan dijalankan di beberapa buah lokasi seperti FRIM, UPM, Putrajaya , Ulu Yam dan disebuah studio di Batu Caves.
Secara keseluruhannya, 'Magika" mempunyai nilai  dan mesej tersendiri yang boleh dijadikan sebagai tauladan. Antaranya niai kekeluargaan dalam menangani masalah. Kepercayaan orang Melayu lama dengan pelbagai pantang larang. elemen-elemen fantasi dongeng dan pepatah Melayu lama seperti jangan bermain diwaktu senja dan banyak lagi.
"Magika" akan menemui penonton dalam tahun ini ( 2010)

INFO: Filem Magika
 
# JUDUL: Magika
# GENRE: Muzikal Pengembaraan (pertama seumpamanya di Malaysia)
# KONSEP: Mitos dan Legenda Melayu
# PENGARAH: Edry Abdul Halim (filem sulung)
# TEMPOH PENGGAMBARAN: Februari hingga pertengahan Mac 2009
# LOKASI PENGGAMBARAN: Universiti Putra Malaysia (UPM); Putrajaya; Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong; Ulu Langat, Selangor; Tapah, Perak dan Lanchang, Pahang
# PELAKON: Membabitkan lebih 15 artis popular, antaranya Mawi AF3, Diana Danielle, Fimie (Hikayat Putera Shazlan), Saiful Apek, Ziana Zain, Maya Karin, M Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Norman Hakim, KRU, Nabil Raja Lawak dan Adibah Noor.
# KOS PRODUKSI: Sekitar RM1.8 juta hingga RM2 juta, tidak termasuk promosi (Bayaran pelakon saja melebihi RM500,000)
# LAGU TEMA: Penyembuh Rindu (duet Mawi bersama Diana Danielle)
# PROSES AKHIR/KOS: Tujuh hari di Bangkok/Membabitkan bajet hingga RM400,000.
# JANGKA TAYANG: Februari atau Mac 2010.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails