Followers

Tuesday, October 13, 2009

Ditembak mati

Perompak Bank Hong Leong ditembak mati


ANGGOTA Forensik memeriksa mayat penjenayah yang ditembak mati di Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor semalam.



KERATAN Kosmo! 19 September.


KUALA LUMPUR - Dua penjenayah yang diburu kerana beberapa kali menjadikan Bank Hong Leong sebagai sasaran rompakan terbunuh selepas ditembak mati dalam dua kejadian berasingan semalam.

Kedua-dua mereka dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga rompakan terhadap bank tersebut pada tahun ini di sekitar ibu negara dan Selangor dan difahamkan kali terakhir di Taman Segar, Cheras 18 September lalu.

Dalam kejadian di hadapan Jaya Jusco Taman Equine, Seri Kembangan pada pukul 2.30 petang, suspek lelaki berumur 33 tahun mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis.

Jurucakap polis memberitahu, suspek yang dilihat mencurigakan pada mulanya enggan berhenti selepas diarahkan sehingga memaksa anggota polis mengejarnya sejauh hampir satu kilometer.

"Selepas dikepung, polis meminta suspek menyerah diri sebaliknya dia mula melepaskan tembakan. Ekoran itu, polis terpaksa membalas dengan lebih 15 das tembakan," kata jurucakap polis itu semalam.

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails