Followers

Sunday, October 25, 2009

Kereta solar UNITEN merentas Australia



KERETA solar UNITEN berlepas dari Rumah Parlimen Darwin, Australia, semalam bagi meneruskan perlumbaan kereta solar dengan merentasi benua Australia sejauh lebih 3,000 kilometer.


DARWIN (Australia) - Sebanyak 32 kereta kuasa solar termasuk kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 'Solar Ranger1' memulakan cabaran merentas benua Australia pagi semalam.

Acara pelepasan kereta solar itu berlangsung di Rumah Parlimen Darwin di sini pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

Beratus-ratus pemerhati dan peminat kereta solar termasuk wakil media dari seluruh dunia hadir seawal pukul 7 pagi bagi menyaksikan cabaran solar itu yang disertai pasukan dari 15 negara.

'Solar Ranger1' yang mengalami kerosakan teknikal sebelum ini layak meneruskan perlumbaan itu.

Bagi 15 anggota pasukan UNITEN, mereka yakin kereta solar itu mampu bertahan dan menamatkan perlumbaan sejauh lebih 3,000 kilometer dari Darwin, utara Australia hingga ke wilayah selatan Australia, Adelaide.

"Ia bukan soal mesin saja, tapi faktor pemandu (manusia) juga main peranan," kata Mohd. Syafiq Khasmani, pelajar kejuruteraan yang juga salah seorang pemandu kereta solar UNITEN. - Bernama

sumber~kosmo


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails