Followers

Friday, October 16, 2009

Budak disangka mati ditemui hidup



HEENE menunjukkan tempat dia bersembunyi.


FORT COLLINS, Colorado - Seorang budak lelaki berumur enam tahun, Falcon Heene yang dipercayai sudah mati kerana terjatuh dari belon helium sebenarnya bersembunyi di loteng garajnya.

Heene ditemui kelmarin di dalam loteng garaj kediaman keluarganya di sini empat jam selepas abangnya memberitahu polis budak itu memanjat belon eksperimen tersebut dan berlepas ke udara.

Laporan itu menyebabkan beberapa pegawai penerbangan Amerika Syarikat (AS) dan Pasukan Pengawal Kebangsaan menjadualkan semula laluan penerbangan di sekitar Denver.

Menurut Syerif daerah Larimer, Jim Alderden, budak itu bersembunyi di dalam kotak di loteng garaj kerana bimbang dia menjadi kemarahan bapanya selepas dia cuba untuk memanjat belon buatan sendiri itu.

"Saya berada di loteng dan ketakutan melanda saya kerana bapa menjerit ke arah saya. Itulah yang menjadi punca kenapa saya berada di loteng," kata Heene.

Menurut ibunya, Mayumi, Heene turun dari loteng dan berjalan ke dalam rumah menyebabkan beberapa anggota keluarga menjerit kegembiraan.

Bapanya tidak bercadang untuk menghukum atau memarahi anaknya.

sumber~kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails