Followers

Showing posts with label Meninggal. Show all posts
Showing posts with label Meninggal. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof meninggal dunia


Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia



KUALA LUMPUR — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama


sumber~kosmo

Friday, September 17, 2010

M. Rajoli meninggal dunia akibat menghidap kanser kelenjar otak



M.RAJOLI ditemani Hashimah semasa terlantar di rumahnya di AU3 Keramat, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.


M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat di sini, dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.
Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd. Din, 47, keadaan M. Rajoli kritikal sewaktu dimasukkan ke hospital sehingga diberi bantuan pernafasan oleh doktor.
"Pihak hospital memaklumkan dia berada dalam keadaan nazak dan hanya mampu menunjukkan pergerakan mata dan jari," katanya ketika ditemui di hospital.
M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff, 23.
Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang dilahirkan pada 7 April 1945 itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat pada pukul 11 pagi ini.

sumber~kosmo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails